Tuesday, 6 February 2018

pengurusan jenazah


 PENGURUSAN JENAZAH



 Ahli kumpulan :                                   Nombor matrik
NUR FARHANA BINTI MOHD FISAL           16DPR17F1007
UMMI ATASHA BINTI ABU BAKAR              16DPR17F1017
NUR ADIBA BINTI ZOLKEPLI                      16DPR17F1024
SESI :JUN 2017

Mukaddimah

Kematian adalah sesuatu yang pasti dan kita harus bersedia menghadapinya kerana ia merupakan titik permulaan kepada penghidupan yang kekal abadi. Hanya mukmin yang dipanggil menghadap Tuhannya dengan hati bersih memperolehi kejayaan.

Menguruskan jenazah adalah merupakan perkara yang tidak boleh kita elakkan begitu sahaja. Ianya merupakan fardhu kifayah ke atas umat Islam. Dengan adanya sebahagian umat Islam yang mengetahuinya akan selesailah tanggungjawab itu. 

Apabila sah matinya : 

  1. Apabila seseorang itu telah disahkan matinya, perkara-perkara berikut hendaklah dilakukan Hendaklah kita ucapkan :



  2. Tukarkan pakaiannya dan bersihkan kekotoran yang keluar dari duburnya.
  3. Rapatkan kedua belah matanya.
  4. Qiamkan tangannya seperti dalam sembahyang.
  5 .Rapatkan mulutnya.
  6. Ikat dagunya dan simpul di atas ubunnya.
  7. Luruskan kakinya.
  8. Ikatkan kedua ibu jari kakinya. 
  9. Letakkan di tempat yang tinggi.
 10. Hadapkan ke Qiblat.
Mengurus Jenazah  
Mengurus jenazah orang Islam, merupakan fardhu kifayah, yakni apabila sudah dikerjakan oleh sebahagian dari orang Islam yang lain, maka yang lainnya tidak berdosa, akan tetapi apabila tidak seorang pun yang mengerjakan kewajipan tersebut, maka semua orang Islam dalam satu kampung atau kawasan tersebut akan berdosa.
Di antaranya yang wajib kita kerjakan dalam mengurus jenazah ialah :
  1. Memandikannya.
  2. Mengkafankan jenazah.
  3. Solat ke atas jenazah.
  4. Mengebumikannya
Orang Yang Berhak Menguruskan Jenazah 

Orang yang berhak dan lebih afdal untuk menguruskan jenazah ialah dari kalangan keluarganya atau warisnya yang terdekat misalnya ; anaknya sendiri kalau simati bapanya.
Kalau warisnya tidak ada kemampuan atau pengalaman, bolehlah diminta Imam atau Bilal di kawasan tersebut untuk menguruskannya.
 Sifat-sifat yang mesti ada pada seseorang yang hendak menguruskan jenazah :
  1. Sifat berani.
  2. Sabar.
  3. Amanah.
  4. Mempunyai kemahiran dan ilmu yang cukup.
 Persediaan dan keperluan untuk memandikan jenazah : 
  1. Sediakan tempat mandi.
  2. Sabun mandi.
  3. Air daun bidara.
  4. Air bersih.
  5. Sugi - 7 batang.
  6. Sarung tangan - 3 atau 5.
  7. Sedikit kapas.
  8. Air kapur barus.
  9. Baldi serta gayong.

Sebelum memandikan mayat, pastikan dahulu kubur telah digali dan peralatan mengkafan mayat telah disediakan seperti :
  1. Kain putih (bidang 45)  - 20 meter bagi dewasa
  2. Gunting
  3. Kapas
  4. Cendana
  5. Kapur barus
  6. Air mawar
  7. Minyak wangi (Minyak Attar)
  8. Tikar jerami
  9. Bantal (dari daun pandan)
  10. Tempat mandi yang khas
Cara memandikan jenazah
Menurut satu riwayat, Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Mandikanlah dia (beberapa kali) asalkan ganjil bilangan: tiga atau lima atau tujuh, dan mulakanlah dengan bahagian kanan badannya dan anggota-anggota wudhu”.
(Ummu Athiah) berkata: “Sesudah itu kami pun jalinkan rambutnya: tiga tocang, lalu kami hulurkan ke sebelah belakangnya”.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Perkara yang penting dalam memandikan mayat ialah wajib membersihkan tubuh badan mayat dan celah-celahnya itu daripada najis dan kekotoran dengan meratakan air seluruh anggota badan mayat itu. Maka apabila cara ini telah yakin kebersihannya, bolehlah dikapan, disembahyang dan seterusnya dikebumikan.

Cara terbaik yang telah sepakat oleh Ibnu Hajar dan al-Ramli di mana telah menjadi amalan masyarakat nusantara ini dengan panggilan mandi air sembilan cara iaitu:

- Dibersihkan najis mayat dan membersihkan segala kekotoran atau getah, cat, plaster dan sebagainya yang terlekat pada badan atau kuku mayat. Hendaklah mengosongkan perut terlebih dahulu – kalau ada benda-benda kotor yang boleh keluar, supaya tidak lagi keluar sesudah ia dimandi dan dikafankan.
Caranya: Dudukkan mayat (di atas papan mandi) dalam keadaan condong sedikit ke belakang, dan menahan belakangnya dengan lutut kanan sambil memegang belikatnya dengan tangan kanan (dengan meletak ibu jari di tengah-tengah tengkuknya supaya kepalanya tegak), dan urut perutnya perlahan-lahan dengan tangan kiri. Siram air banyak-banyak untuk membersihkan benda-benda yang keluar.
- Setelah dikosongkan perut dan dibersihkan benda yang keluar, hendaklah ditelentangkan semula mayat itu di atas papan mandi dan dicebokkan oleh orang yang memandikannya dengan membersihkan kemaluan dan celah-celahnya (menggunakan sarung tangan).

- Dengan sarung tangan bersih, tukang mandi hendaklah membersihkan gigi mayat, lubang hidunganya, lubang telinga dan celah-celah kukunya. Kemudian diwudhu’kan dengan sempurna (meliputi yang fardhu dan sunat). Setelah itu baru dimandikan – dari bahagian kepala hingga ke hujung kaki – meliputi seluruh tubuhnya.

- Mandi dengan air sabun:

i. Basuh seluruh kepala, muka dan lehernya 3 kali.

ii. Basuh sebelah kanan (lambung kanan) meliputi bahu, ketiak, tangan kanan, dada, rusuk, perut, kemaluan, celah-celah kelangkang dan paha kanan hingga ke hujung kaki kanan 3 kali.

iii. Basuh sebelah kiri (lambung kiri) hingga ke hujung kaki kiri 3 kali.

iv. Kemudian diiringkan rusuk kanan ke atas dan basuh lambung kanannya bahagian belakang meliputi bahu, belakang badan, rusuk, punggung, peha kanan dan terus ke hujung kaki kanannya 3 kali.

v. Mengiringkan rusuk kiri ke atas dan basuh lambung kiri belakang hingga ke kaki kiri 3 kali .

Mandi dengan air sabun seperti di atas tadi memadai satu kali sahaja.

- Mandi dengan air bersih (mutlak) – Mandi dengan air bersih ini dilakukan seperti cara mandi dengan sabun, tujuannya untuk membersihkan segala air sabun tadi.
- Setelah bersih, diwudhukan dengan niat, ” Sahaja aku wudhukan mayat ini kerana Allah”.

         Lafaz niat bagi lelaki: “Nawaitul wudhu ‘an hazal maiti lillahi ta’ala”

         Lafaz niat bagi perempuan: “Nawaitul wudhu’ ‘an hazihil maitati lillahi ta’ala”

- Mandi air bercampur kapur barus – Air bersih dicampur sedikit air kapur barus yang sekira-kiranya tidak mengubah hukum air mutlak, kemudian dijirus sunat diniatkan: ” Sahaja aku mandi mayat ini kerana Allah Taala”.

         Lafaz niat bagi lelaki: “Nawaitul ghusl ‘an hazal maiti lillahi ta’ala”

         Lafaz niat bagi perempuan: “Nawaitul ghusl ‘an hazihil maitati lillahi ta’ala”

Proses mandi ini sama juga seperti mandi dengan air sabun dan air bersih yang lalu. Kemudian ulang 2 kali dengan menambah kapur barus lebih tua sedikit supaya baunya lebih keras. Semasa menjirus, sunat membaca:
         “Ghufranak rabbana rahman wailakal masir”.

- Jadi hasilnya jumlah mandi mayat kesemuanya lima kali iaitu:

1.Satu kali mandi dengan air sabun.
2.Satu kali mandi dengan air bersih.
3.Tiga kali mandi dengan air kapur barus.


 Mayat lelaki yang panjang janggutnya, sunat disisir ia dengan sikat jarang. Jika bulu janggut atau rambut kepalanya gugur semasa mandi, hendaklah dipungut untuk dimasukkan ke dalam kapan semasa mayat dikafankan.

Mayat perempuan pula hendaklah dihuraikan rambutnya supaya air membasahi keseluruhannya. Rambut yang gugur hendaklah dipungut untuk dimasukkan ke dalam kafan. Menurut riwayat di atas, dijalinkan rambutnya menjadi tiga tocang, lalu dihulurkan ke sebelah belakangnya.

- Perbuatan membasuh mayat dengan air bercampur sabun (atau serbuk daun bidara) kemudian membilasnya, tidak dikira. Itu hanya seperti membersihkan badannya.

  *Yang diambil kira ialah mandi yang akhir, iaitu memandikan mayat dengan air yang dicampurkan sedikit kapur barus.
       Hikmat memandikan jenazah:
  • menghormati makhluk sebagai makhluk yang dimuliakan oleh Allah S.W.T.
  • membolehkan jenazah disolatkan.
  • jenazah berada dalam keadaan bersih dan suci.
          Mengkafankan jenazah
  1. Mengkafankan jenazah bermaksud menutup seluruh tubuh.
  2. Tujuan mengkafankan jenazah ialah untuk menjaga maruah dan kehormatan jenazah.
  3. Jenazah lelaki lebih afdal dikafankan dengan 3 lapis kain putih dan 5 lapis kain putih bagi perempuan.
     Cara-cara mengkafankan jenazah:
  • kain kafan dihampar sehelai demi sehelai.
  • setiap lapisan kain ditabur dengan wangi-wangian seperti kapur barus kecuali orang yang mati dalam ihram.
  • kedua-dua tangan jenazah diletakkan di antara dada dengan pusat seperti solat.
  • kafankan jenazah dengan berhati-hati dan lemah-lembut dan menutup seluruh tubuhnya. Orang yang mati dalam ihram tidak boleh ditutup kepalanya.

       

  
 Hikmat mengkafankan jenazah 
  • menutup aib jenazah.
  • memelihara kemuliaan jenazah.
  • memberi kesedaran dan keinsafan kepada manusia bahawa manusia adalah sama di sisi Allah S.W.T. kecuali orang yang bertakwa kepada-Nya.
      Solat Jenazah
 Hukumnya adalah Fardhu Kifayah, dikerjakan secara berjemaah sekurang-kurangnya 2 orang dalam satu saf jika  demikian harus dilakukan dalam tiga saf. Bagi orang wanita boleh bersama dengan orang lelaki melakukan solat ini. Tempat solat boleh dilakukan dimana-mana dengan syarat ianya bersih dan luas untuk berjemaah.
 Syarat-syarat mengerjakan solat jenazah:
  1. Beragama Islam
  2. Berada dalam suatu tempat tertentu.
  3. Jenazah telah siap dimandikan atau di Tayammumkan.
  4. Jenazah berada dihadapan jemaah.
  5. Bukan yang mati syahid.
  6. Anggota yang disolatkan hendaklah dari bahagian anggota yang besar
       Rukun-rukun solat Jenazah:
  • niat 'sahaja aku solat keatas mayat ini empat takbir fardhu kifayah makmuman kerana allah taala' .
  •  Lafaz niat untuk mayat lelaki bagi Imam.

  • Lafaz niat untuk mayat perempuan bagi Imam.

  • berdiri bagi yang mampu..
  • empat kali takbir.
  • membaca surah Al-Fatihah selepas takbir pertama.
  • berselawat ke atas Nabi selepas takbir yang kedua 'allahuma soli'ala muhammad , waala alihi muhammad .. kamasolaitaala ibrohim , waala ali ibrohim .. wabarik ala muhammad , waala alihi muhammad .. kamabaroktaala ibrohim , waala ali ibrohim fil ala mina innaka hamidun majid '.
  • mendoakan mayat selepas takbir ketiga 'allahuma firlahu walhamhu , waafini waafuanhu'.
  • memberi salam selepas takbir keempat.


   Hikmat solat jenazah:
  • memohon kepada Allah S.W.T. supaya mengampunkan dosa si mati dan dicucuri rahmat.
  • menimbulkan keinsafan bahawa setiap manusia pasti akan mati.
  • mengeratkan hubungan silaturahim dengan keluarga si mati.
   MENGEBUMIKAN JENAZAH
  1. Mengebumikan jenazah merupakan kewajipan terakhir terhadap jenazah.
  2. Mengebumikan jenazah hukumnya fardhu kifayah ke atas orang Islam.
  3. Tujuan mengebumikan jenazah ialah untuk menjaga keselamatan dan kehormatan jenazah.
     4 Cara-cara mengebumikan jenazah:
  • kubur digali dengan kedalam yang sesuai bagi mengelak daripada berbau dan dikorek oleh binatang buas.
  • jenazah dimasukkan kedalam liang lahad dalam keadaaan mengiring di atas rusuk kanan serta menghadap kiblat.
  • tutup liang lahad dengan papan.
  • meninggikan tanah kubur sekadar sejengkal.

       Hikmat mengebumikan jenazah:
  • menghormati dan memuliakan jenazah.
  • selamat daripada gangguan binatang buas.
  • mengelak daripada berbau yang boleh membawa penyakit.





ISU-ISU KEMATIAN YANG BERLAKU DI MALAYSIA







KESIMPULAN


 Kesimpulannya , kedudukan manusia walaupun sudah meninggal dunia di hadapan Allah tetap makhluk yang mulia, yang wajib diberi penghormatan dan tetap diperlakukan sebagai manusia yang masih hidup bahkan perlakuan itu tetap berlaku walaupun mayat sudah dikuburkan. Keseluruhan pengurusan jenazah difardhukan (kifayah) kepada umat Islam. Kewajiban ini akan mendorong setiap orang untuk mempereratkan  persaudaraan sesama muslim semasa hidup. Pengurusan jenazah juga dapat menimbulkan keinsafan bagi orang ramai tentang kematian .


RUJUKAN

- http://dzulnain.tripod.com/syumul/jenazah/jenazah.htm

- m/s 48 , SINAR HARIAN , Rabu ( 11 Februari 2016 )

- m/s 12 , KOSMO , Isnin ( 6 Mac 2017 )

-m/s 19 , KOSMO , Selasa ( 26 Januari 2016 )

-http://badankhairatkematiankgsura.blogspot.my/p/cara-cara-mandi-jenazah.html